2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM60.62 juta untuk sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2025, selepas disokong oleh pengukuhan dalam sektor perbankan, automotif dan perkhidmatan.
2bulan ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak lebih 48,000 permohonan diterima sehingga 31 Ogos lepas, merentas 12 inisiatif di bawah Pelan Tindakan KL20, dengan lebih 46,000 penerima manfaat, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu kepada RM234.17 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025, meningkat daripada RM183.18 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia kini merupakan ekonomi digital yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (SEA), dengan peningkatan sebanyak 19 peratus tahun ke tahun, dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak US$39 bilion (US$1=RM4.13) tahun ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta semua agensi relevan sewajarnya meningkatkan pembiayaan penyelidikan strategik untuk memangkin kejayaan penemuan saintifik dan teknologi bertaraf dunia.
2bulan ago
Daripada M.Saraswathi
NAIROBI (Kenya), 25 Nov (Bernama) - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di Afrika mencerminkan komitmen Putrajaya untuk memperkukuh hubungan dengan Selatan Global serta meletakkan Malaysia secara strategik sebagai rakan dipercayai dalam dunia yang semakin multipolar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menerajui Pavilion Malaysia di Vietnam Expo 2025 ke-23 yang akan diadakan dari 4 hingga 6 Dis, 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh, Vietnam.
2bulan ago
Daripada M. Saraswathi
NAIROBI, 25 Nov (Bernama) -- Pengumuman untuk memansuhkan tarif ke atas import daging lembu dari Kenya bertujuan mengurangkan kos untuk pengguna Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin baharu bagi Malaysia, dengan menarik pembiayaan berjumlah US$759 juta dan menyokong lebih 60 syarikat pemula AI tempatan dari separuh kedua 2024 (2H 2024) hingga separuh pertama 2025.
2bulan ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.