Terdapat 239 berita berdasarkan kata kunci carian " ucapan"

AMB Connect Memperkasa PMKS Dengan Pendanaan Ramai Ekuiti Islam - KUSKOP

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- AMB Connect melalui Platform Pendanaan Ramai Ekuiti Islam berusaha menyediakan penyelesaian kewangan yang mematuhi kepercayaan dan ketelusan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpul modal dan mengemudi cabaran pembiayaan tradisional.

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Cecah US$1.58 Bilion Pada 2025 - Teo

KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Kerajaan Akan Pastikan Sektor Pembinaan Kekal Kompetitif, Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sentosa Jaya Capital Lancar Platform Saham2u, Revolusi Pembiayaan Pelaburan Atas Talian

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Bapa Perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini. 

Rakyat Jelata: Penerima Manfaat Sebenar Belanjawan 2025

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi sama sekali tidak menampakkan sebarang projek besar serta yang berprofil tinggi.

MoU Antara MIDA Dan MTUN Tingkatkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), hari ini menjalin kerjasama untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

Kerajaan Hanya Pinjam Untuk Biaya Defisit Fiskal, Hutang Matang - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan. 

Sebanyak RM27.17 Bilion Dana berkaitan Syarikat 1MDB Diperoleh Semula Sehingga 30 Sept 2024

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Objektif Strategik Astronautic Technology Sdn Bhd Telah Dicapai - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) --  Secara dasarnya objektif strategik Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah dicapai apabila membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 Sept, 2000.

MTA Perkenal Kad Skor Maqasid Syariah Untuk Tingkat Impak, Kemampanan Industri Takaful

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Kad Skor Maqasid Syariah (MSS), satu inisiatif perubahan yang bertujuan menilai impak dan kemampanan industri.