Terdapat 244 berita berdasarkan kata kunci carian " sidang media"

Topvision Yang Bakal Ke Pasaran ACE Sasar Kumpul RM17.89 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Topvision Eye Specialist Bhd (Topvision) yang akan memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Pulau Pinang Digesa Laksana Aktiviti Bernilai Tinggi Untuk Kekal Kompetitif - Chow

GEORGE TOWN, 21 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang digesa melaksanakan aktiviti bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembangunan teknologi dan inovasi produk baharu yang memperkenalkan ciri atau teknologi menarik, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.

Nilai Aktiviti Perniagaan Malaysia Di Vietnam Melebihi US$13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Aktiviti perniagaan Malaysia di Vietnam telah melebihi nilai US$13 bilion (US$1=RM4.47), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BMW Group Malaysia Bincang Dengan Entiti Kerajaan Berkaitan Pemasangan EV

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia kini sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan rakan kongsi tempatan dalam rancangannya untuk memasang unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia seiring dengan pengecualian cukai untuk pemilik EV sehingga akhir 2025.

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

MIHAS@Dubai 2024 Mampu Lepasi Sasaran Awal Jualan Eksport RM1 Bilion - TPM Ahmad Zahid

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport yang ditetapkan sebelum ini. 

Malaysia Catat Prestasi Terbaik Pasaran Ekuiti Asia Tenggara Pada 2024 - Deloitte

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.

Kilang Kelapa Sawit Disaran Guna Teknologi AI - Johari

KUALA KANGSAR, 19 Nov (Bernama) -- Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit kerana dapat mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.

Lawatan Sulung Ke Brazil Jana Potensi Eksport RM6.8 Bilion - PM Anwar

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. 

Penglibatan Pembeli Premium Pada MIHAS Berupaya Tingkatkan Eksport - MATRADE

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 17 Nov (Bernama) -- Penglibatan pembeli premium pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengembangkan perniagaan pempamer Malaysia ke peringkat antarabangsa.

RM32.917 Juta Peruntukan Untuk Projek Pembangunan Di Labuan Tahun Depan

LABUAN, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk perbelanjaan mengurus bagi Labuan di bawah Belanjawan 2025, mengekalkan jumlah yang sama seperti Belanjawan 2024, dengan RM32.917 juta dikhaskan bagi tujuh projek pembangunan.

Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah Bertemu Di Luar Acara Minggu Pemimpin Ekonomi APEC

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini.