9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini kerana peniaga menunggu data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila peniaga memberi reaksi terhadap minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kata peniaga.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd jangka akan mencatatkan keuntungan semula menjelang tahun kewangan 2025 selepas didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan kadar penggunaan yang lebih baik.
9bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berjaya mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM61.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 daripada RM925.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
9bulan ago
KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk mempelajari serta menerajui ekonomi mampan global menerusi pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui, pertanian lestari serta inovasi digital.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia turun sebanyak 5.2 peratus kepada 35,979 tan metrik pada Ogos 2024 berbanding 37,960 tan dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research.
9bulan ago
SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.