Terdapat 407 berita berdasarkan kata kunci carian "parlimen"

Pulau Pinang Lancar Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM Untuk Pembuatan Mampan

GEORGE TOWN, 29 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang akan mengambil langkah utama ke arah menjadi hab pembuatan hijau terunggul di Asia Tenggara melalui pelancaran Skim Pembiayaan Peralihan Dana CM.

Pendapatan Mata Wang Kripto Tertakluk Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Pendapatan hasil aktiviti urus niaga mata wang digital kripto seperti perdagangan, perlombongan dan pertukaran di Malaysia adalah tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967.

BNM, Pakar Industri Bincang Usaha Teroka Penggunaan Tokenisasi - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Tiada Hasrat Kecualikan e-Invois Bagi Transaksi Jualan Kurang RM500 Di Kedai Perkakasan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan e-Invois bagi transaksi jualan di bawah RM500 di kedai ‘hardware’ atau perkakasan berikutan layanan khas yang telah diberikan iaitu e-Invois hanya perlu diberikan berdasarkan jenis barangan.

Akta Berkaitan Syarikat Milik Kerajaan Sedang Digubal, Perkukuh Tadbir Urus Korporat - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang menggubal Akta berkaitan Syarikat Milik Kerajaan (SOE) bagi memperkukuh tadbir urus korporat, meningkatkan akauntabiliti dan mengoptimumkan prestasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

RUU Perolehan Kerajaan, Kredit Pengguna Diluluskan, Cermin Agenda Reformasi MADANI

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.

RUU Perolehan Kerajaan 2025 Hadkan Kuasa Menteri Kewangan, Perkenal Mekanisme Semak Dan Imbang

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) --  Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan (PK) 2025 sama sekali tidak menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh.

Malaysia Raih Pelaburan BRICS RM8.54 Bilion Pada Suku Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara-negara perkumpulan BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi tempoh suku pertama 2025.

RUU Perolehan Kerajaan 2025 Perkukuh Ketelusan, Selaras Piawaian Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 akan membawa Malaysia lebih dekat dengan piawaian antarabangsa dalam perolehan awam termasuk prinsip ketelusan, persaingan terbuka, layanan adil dan integriti sebagaimana digariskan dalam UNCITRAL Model Law on Public Procurement 2011.

Kadar Tarif Baharu AS Masih Tempatkan Malaysia Dalam Kedudukan Kompetitif - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia masih meletakkan negara dalam kedudukan yang kompetitif secara keseluruhannya, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

AS Belum Perinci Pelaksanaan Aktiviti Pindah Kapal – MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Aktiviti transhipment atau pindah kapal masih belum diperjelaskan sepenuhnya dari segi pelaksanaan penguatkuasaan berikutan Amerika Syarikat (AS) belum menggariskan secara terperinci kategori aktiviti itu, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kerjasama Malaysia-ARM Dijangka Beri Pulangan Pelaburan Dalam Masa 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) – Kerjasama antara Malaysia dan syarikat teknologi global ARM Ltd dijangka memberi pulangan pelaburan (ROI) dalam tempoh 10 tahun, kata Kementerian Ekonomi.