Terdapat 13259 berita berdasarkan kata kunci carian ""

MR D.I.Y. Kumpul RM540 Juta Melalui Terbitan Sukuk Sulung, IMTN Terlebih Langgan 5.6 Kali

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MR D.I.Y. Group (M) Bhd mengumpul sejumlah RM540 juta melalui terbitan sulung di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM5.0 bilion, dengan bahagian Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terlebih langgan sebanyak 5.6 kali.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut untuk ditutup rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung, seiring prestasi lemah pasaran global apabila perkembangan ketenteraan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan selera risiko pelabur, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Jumaat, didorong harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan gangguan cuaca hujan di negara pengeluar utama, kata peniaga.

Lestari Cooling Energy Mulakan Platform, Labur RM23 Juta Dalam Lapan Tapak KIPMall

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Usahasama KJTS Group Bhd, Lestari Cooling Energy Sdn Bhd, telah mengaktifkan platform operasinya melalui pelaburan sulungnya dalam aset operasi milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).

Malaysia Sasar Bangunkan Pembungkusan Termaju Semikonduktor Dua Tahun Lagi - Chang

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk membangunkan keupayaan sendiri dalam industri pembungkusan termaju semikonduktor dalam tempoh dua tahun lagi menerusi penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$129.7 Bilion Pada 30 April, 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$129.7 bilion pada 30 April, 2026.

LBS Raih Empat Anugerah Berprestij Di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 yang meraikan pemaju hartanah dengan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor itu di Malaysia.

Bank-Bank Diunjur Raih Pendapatan Kukuh, Tekanan Peminjam Terus Ketara -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

IPP Meningkat 3.1 Peratus Pada Mac 2026, Dipacu Pertumbuhan Pembuatan, Output Elektrik - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Krisis Global: Kementerian Ekonomi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara

BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta menjamin keterjaminan bekalan bahan input utama susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global yang masih berlarutan ketika ini.

Jualan Sektor Pembuatan Berkembang 5.3 Peratus Kepada RM173.1 Bilion Pada Mac 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.