BERITA TERKINI   Kes rogol: Tindakan tegas buang sekolah akan diambil terhadap pesalah - JPN Kedah | Sidang Kemuncak ASEAN: Lencongan, penguraian jalan libat enam lebuh raya, 25 jalan utama pada 26-28 Okt - Pengarah JSPT Bukit Aman | Sidang Kemuncak ASEAN: 1,111 petugas trafik sepanjang persidangan berlangsung - Pengarah JSPT Bukit Aman | KWAP lancar Dana Iklim+ RM2 bilion untuk memacu peralihan sifar bersih negara | Keputusan Mahkamah Agung muktamadkan semua prosiding jenayah berkaitan kes Sulu di Sepanyol | 

Terdapat 1869 berita berdasarkan kata kunci carian " susut"

Kaunter Tenaga Dorong Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis. 

Kurang Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun pasaran Wall Street meningkat susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut pada Khamis, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran MSM yang menyusut, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

Kaunter YTL Pengaruhi Sesi Pagi Bursa Malaysia

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didorong oleh kaunter berkaitan YTL, kata penganalisis.

Indeks Harga Pengeluar Mereda Kepada 0.3 Peratus Pada Ogos 2024 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Eksport Lebih Baik

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend menaik untuk ditutup lebih tinggi selama enam hari berturut-turut pada Rabu berikutan prestasi eksport yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Ringgit Teruskan Peningkatan Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.