5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung di kaunter telekomunikasi dan media serta pembinaan yang terpilih ekoran sentimen lemah dalam pasaran serantau, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam utiliti terpilih serta kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat berbanding dolar US dan mata wang utama walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) catat kenaikan ketika ini di sebalik perundingan antara AS dan Ukraine, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dan sejajar dengan kenaikan dalam pasaran saham serantau, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam sentimen berhati-hati mengenai hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah berikutan pembetulan teknikal antara jajaran RM3,800 satu tan hingga RM3,950 satu tan, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus dalam suku kedua 2025 (S2 2025), bersamaan 4.4 peratus pertumbuhan pada separuh pertama 2025, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dan dijangka menghampiri paras 1,600 hari ini selepas momentum Wall Street semalaman yang positif didorong oleh harapan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain musim pelaporan pendapatan korporat yang kukuh, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, meningkat semula selepas mencatatkan penurunan selama dua sesi dagangan berturut-turut dalam kebimbangan mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi domestik dan global.