1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menyelaraskan ekonomi sebenar dengan perkembangan berterusan dalam pasaran modal ketika negara melakukan transformasi terhadap kerangka ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,132 projek pelaburan meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Selangor bagi 2023 hingga Jun 2024 dengan nilai pelaburan berjumlah RM90.21 bilion, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2023.
1tahun ago
KUALA KANGSAR, 19 Nov (Bernama) -- Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit kerana dapat mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober 2024, meningkat berbanding RM239.3 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas dipacu oleh pertumbuhan dalam eksport dan import, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dan juga insentif untuk industri automotif tempatan bagi meningkatkan eksport kenderaan termasuk alat ganti dan komponen, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Swift Energy Technology Bhd telah menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan M&A Securities Sdn Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, meningkatkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.7 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya, selaras dengan piawaian sebelum pandemik.