BERITA TERKINI   Sebanyak enam pusat pengundian bagi PRK Kinabatangan ditutup pada 3 petang - SPR | PRK Lamag: Dua pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | PRK Kinabatangan: Lima lagi pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | Kerajaan komited memperkasa sekolah agama rakyat dan institusi pondok sebagai benteng akidah serta akhlak ummah - PM Anwar  | Anak muda perlu diberi ruang melalui jawatankuasa khas supaya masjid terus hidup dan diimarahkan - PM Anwar | 

Terdapat 174 berita berdasarkan kata kunci carian " meta"

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM789 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.

Anak Syarikat Meta Bright Raih Kontrak Pembekalan Konkrit Bernilai RM60 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Meta Bright Group Bhd (MBGB) yang dimiliki sebanyak 70 peratus, Expogaya Sdn Bhd (Expogaya) memperoleh kontrak pembekalan konkrit bernilai kira-kira RM60 juta daripada Megamas Jaya Sdn Bhd (Megamas Jaya).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Cerminkan Sentimen Serantau Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.

Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia Capai Hasil Memberangsangkan - Gobind 

BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan apabila berjaya melonjakkan Kuala Lumpur ke kedudukan lebih baik berbanding tahun lepas, dalam Indeks Bandar Pintar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).

Unit Bumi Armada Dapat Kontrak RM282.5 Juta Di Laut Utara

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, Bumi Armada UK Ltd telah memperoleh kontrak bernilai £50 juta (RM282.5 juta) daripada EnQuest Heather Ltd.

FBM KLCI Susut Di Bawah 1,600, Dijangka Tarik Minat Belian Semasa Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.

 

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Keyakinan Terhadap Belanjawan 2025

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, dipacu oleh keyakinan terhadap Belanjawan 2025 dan pembelian menyeluruh bagi seluruh papan, kata penganalisis.

Malaysia, Gerbang Utama Eksport Taiwan Ke Negara Asia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah yang dialami pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global dalam tempoh semalaman dengan penjualan besar-besaran saham teknologi, kata penganalisis.