9bulan ago
GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk memantau tarif sebagai sebahagian daripada tindak balas strategiknya terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN akan mengadakan dialog yang jujur dan konstruktif dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menangani isu kebimbangan berkenaan perdagangan selepas Washington mengenakan tarif kepada 168 negara termasuk semua negara anggota blok Asia Tenggara.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit yang berdepan tekanan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balas ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia pada awal Khamis, sebaliknya ditutup secara relatifnya lebih stabil, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
PERTH, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan untuk menambah penerbangan jarak jauh terutama daripada syarikat penerbangan Eropah berikutan usaha Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 akan menjadi platform libat urus untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan serantau dan menggalakkan kemampanan, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
10bulan ago
PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang giat mengadakan libat urus dengan tiga syarikat penerbangan Australia iaitu Qantas, Jetstar dan Virgin Australia untuk menyediakan penerbangan terus ke Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pembaharuan struktur dan dasar ekonomi mesti diutamakan berbanding pergantungan berlebihan terhadap rizab antarabangsa untuk menangani turun naik mata wang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.