Terdapat 497 berita berdasarkan kata kunci carian " kenderaan"

Mekanisme Insentif Tersuai Baharu Pacu Pelaburan Sektor Automotif Malaysia – MITI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)  sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.

UMW Toyota Motor Catat Jualan 62,246 Unit Kenderaan Setakat Ogos 2025

SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan kukuh pada Ogos 2025 menerusi penghantaran sebanyak 9,083 unit kenderaan dan menjadikan 62,246 unit telah dijual setakat tahun ini.

Malaysia Ada Lebih 4,100 Pusat Pengecasan EV Seluruh Negara - Fadillah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Harga Jualan Kenderaan Ditentukan Pasaran, Bukan Dikawal Kerajaan - MITI

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Harga jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan dan ia ditentukan oleh pasaran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

PM Anwar Pelawa Geely Tingkat Pelaburan Bangunkan AHTV

TANJONG MALIM, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa syarikat gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk meningkatkan pelaburan dalam usaha membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di sini. 

KLIA Laksana Fasa Percubaan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan Bermula 1 Sept

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan memulakan percubaan Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) bagi menambah baik aliran trafik di kawasan tepi jalan dan menyediakan akses lebih lancar ke terminal.

SEDC Energy Bincang Eksport Hidrogen Hijau Dalam Bentuk Pepejal

KUCHING, 30 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusia cabang tenaga baharunya, SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) sedang berbincang dengan beberapa pembeli berpotensi untuk mengeksport hidrogen (H2) hijau dalam bentuk pepejal.

Sime Darby Motors Sasar Kerugian Berakhir Pada TK2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sime Darby Motors Sdn Bhd menjangkakan kerugian dialaminya akan berakhir pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 (TK2026), didorong oleh langkah-angkah konsolidasi atau penyusunan semula cawangan di China.

IJM Meterai Perjanjian Dengan Kerajaan Bagi Projek Lanjutan NPE, Semakan Kadar Tol

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi tambahan (SCA) dengan kerajaan bagi melaksanakan projek lanjutan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) sepanjang 15 kilometer.

Maybank Terus Mencari Peluang Pertumbuhan Walaupun Suasana Mencabar  - Presiden/GCEO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Dari Malaysia Ke Asia Tenggara, TNB Terajui Langkah Ke Arah Masa Depan Lebih Lestari

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG). 

BYD Akan Buka Kilang Di Tanjong Malim, Pengeluaran Pertama Dijangka 2026 - Exco

TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.