Terdapat 1265 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar"

Jurang Kadar Faedah FFR-OPR Mengecil, Daya Tahan Domestik Pemacu Momentum Ringgit

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman OPR

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar AS pada awal dagangan pagi ini selepas ditutup 0.14 peratus lebih tinggi semalam, dengan tumpuan pasaran terarah kepada keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan hari ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman OPR Esok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) esok.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, selaras dengan harga minyak mentah yang stabil dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang merosot, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Kekal Mengukuh Menjelang Pengumuman OPR, Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ringgit Meningkat Berikutan Data AS Lemah, Ketidakpastian Fed Pengaruhi Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan ketidakpastian mengenai langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya memberi kesan kepada dolar AS.

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Apabila Dolar AS Hadapi Ketidaktentuan Dasar Monetari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu  menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi, Hampir Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Setahun

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bulan November, hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun, dengan peniaga menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

Ringgit Dijangka Diniagakan Positif Minggu Depan Menjelang Keputusan Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya minggu depan menjelang keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 6 November yang dijangka menjadi tumpuan utama.