BERITA TERKINI   Ringgit berpotensi mengukuh kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Gabenor BNM | Maqasid Syariah bermula dengan tadbir urus yang baik - PM Anwar | Sektor kewangan Islam Malaysia menerajui dalam menggerakkan modal untuk impak hijau, sosial dan etika - PM Anwar | Malaysia menempatkan kewangan Islam pada kedudukan utama dalam ekonomi halal dan kewangan mampan - Gabenor BNM | Kewangan Islam Malaysia perlu beralih daripada kejayaan terpilih kepada transformasi sistemik - mekanisme telah ada dan kerjasama sedang terbentuk, kini masa untuk memacunya - Gabenor BNM | 

Terdapat 1654 berita berdasarkan kata kunci carian " nilai"

Malaysia Bakal Perkenal Rangka Kerja Kawal Selia Sasar Jadi Hab CCUS Global - Rafizi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.

Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

MIHAS 2024 Capai Jualan RM4.3 Bilion, Peningkatan 34 Peratus Berbanding 2023

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Perincian Subsidi RON95, Pengenalan Semula GST Dijangka Diumum Dalam Belanjawan 2025 - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.

Magma Cadang Kurangkan Modal, Pinda Perlembagaan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagi mengurangkan modal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016. 

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM411.8 Juta Dari China

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam 34 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.

Jabatan Standard Malaysia Bangun Garis Panduan E-dagang Tingkat Persekitaran Pelaburan Kondusif

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Standard Malaysia (JSM) berjaya membangunkan piawaian Malaysian Standard (MS) 2781: 2023 - Logistics dataset - Guidelines for E-commerce Transactions and Last Mile Delivery untuk memastikan ekosistem pelaburan, perdagangan dan industri yang kondusif.

Laluan Siem Reap-Singapura AirAsia Cambodia Rangsang Sektor Penerbangan Kemboja

Daripada Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.

MAPIM Seru Sokongan Rentas Politik Pulih, Lonjak Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pihak tanpa mengira ideologi politik supaya menyokong usaha Kerajaan MADANI memulih dan mengukuhkan ekonomi negara dalam situasi nilai ringgit yang kian mengukuh.

Pasaran Pusat Data ASEAN Cecah US$11 Bilion Menjelang 2028 - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data ASEAN dijangka boleh mencecah US$11 bilion (US$1=RM4.20) menjelang 2028 berikutan ledakan permintaan pusat data global, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Bhd.

MRC Unjur Eksport Getah Dan Produk Berkaitan Melangkaui RM30 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) mengunjurkan eksport getah dan produk getah Malaysia akan melangkaui RM30 bilion menjelang akhir tahun, dirangsang oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024.