8bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 26 Sept (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mencapai kadar pengambilan 100 peratus semasa previu pembangunannya, Aspira Hills, DiReka Square dan Aspira LakeHomes yang mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM499 juta.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman pada Selasa.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan Pelan Hala Tuju Dasar dan Kewangan Sifar Bersih dikemas kini yang antara lainnya merumuskan peralihan tenaga industri itu mampu dilaksanakan menjelang 2050.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagi mengurangkan modal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat senaraian di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia serta firma besar tidak tersenarai yang menjana pendapatan tahunan RM2 bilion atau lebih, perlu mematuhi standard pelaporan baharu di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Standard Malaysia (JSM) berjaya membangunkan piawaian Malaysian Standard (MS) 2781: 2023 - Logistics dataset - Guidelines for E-commerce Transactions and Last Mile Delivery untuk memastikan ekosistem pelaburan, perdagangan dan industri yang kondusif.
8bulan ago
Daripada Vijian Paramasivam
PHNOM PENH, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia Cambodia mengumumkan langkah strategik untuk melancarkan laluan baharu Siem Reap ke Singapura dengan menyasarkan peningkatan trafik penumpang akhir tahun yang akan membantu merangsang sektor penerbangan domestik.
9bulan ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, di sini pada 26 hingga 27 September ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Syarikat baja khusus, Cropmate Bhd (Cropmate) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.