BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Terdapat 238 berita berdasarkan kata kunci carian "insurans"

Untung Bersih Maybank Lepasi RM10 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024, Perolehan RM68.94 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.

Kajian Pertimbang Kebolehlaksanaan Pelaporan Terperinci Insurans Perubatan Akan Dilaksana

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kajian lebih mendalam akan dijalankan bagi mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Inflasi Malaysia Kekal 1.7 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Cadangan Pembangunan Produk Perlindungan Asas Produk MHIT Perlu Kajian Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Cadangan pelaksanaan subsidi untuk pembangunan produk perlindungan asas insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) memerlukan kajian yang mendalam termasuk impak jangka panjang ke atas kos kesihatan menyeluruh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Pertumbuhan KDNK Cermin Pengembangan Ekonomi, Peningkatan Pekerjaan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 2024 mencerminkan pengembangan ekonomi, peningkatan hasil dan pertambahan peluang pekerjaan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Sun Life Malaysia Lantik Noor Azam Mohd Yusof Sebagai CEO Unit Takaful

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

LPI Capital Raih Pendapatan, Perolehan Lebih Baik Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih LPI Capital Bhd meningkat kepada RM377.09 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM313.73 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen insurans am.

Ahli Parlimen Cadang Tubuh Jawatankuasa Teliti Risiko Forex Kepada GLIC

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ahli parlimen hari ini menyeru kerajaan supaya mewujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras risiko pertukaran mata wang asing (forex) terhadap operasi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

IHH Healthcare Sokong Usaha Kerajaan Tangani Kos Penjagaan Kesihatan Yang Meningkat

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd mengumumkan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

Maybank Aktifkan Bantuan Kewangan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas Di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.