Terdapat 270 berita berdasarkan kata kunci carian " spe"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Susulan Kelemahan Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata susulan permintaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Reach Ten, CelcomDigi Bekerjasama Untuk Sediakan Liputan Selular Di Luar Bandar Sarawak

KUCHING, 30 April (Bernama) -- Pembekal perkhidmatan telekomunikasi bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Reach Ten Holdings Bhd bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk menyediakan liputan selular kepada komuniti luar bandar melalui penggunaan tenaga dan kos rendah serta perkhidmatan stesen pangkalan sel kecil high data load.

Garis Masa Aerotrain Tiada Kaitan Dengan Penstrukturan Semula MAHB - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Tempoh atau garis masa penyiapan projek Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Pengerusi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Lawatan Presiden Xi Papar Komitmen China Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia, ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.

MSB Global Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Tarif AS Beri Impak Minimum

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- MSB Global Group Bhd berkata tarif Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan minimum kepada operasi perniagaan syarikat berikutan rantaian bekalan dan tumpuan pasaran syarikat itu masih tertumpu terutamanya di Asia.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah US$5.87 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.

30 Saham Teratas FBM KLCI Dijangka Kekal - MIDF

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan 30 saham-saham mewah kekal tidak berubah dalam tinjauan separuh pertama FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI akan datang pada Jun tahun ini.

Malaysia Perkasakan Pekebun Kecil, Perdagangan Mampan Di Forum FACT 2025 - Johari

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk memegang peranan penting dalam memperkembangkan amalan perdagangan mampan dan inklusif apabila menjadi tuan rumah bersama Forum Perhutanan, Pertanian, Komoditi dan Perdagangan (FACT) 2025 buat kali pertama, dengan tumpuan utama kepada pekebun kecil dan pensijilan mampan.

Sabah Catat Jumlah Pelaburan RM6.5 Bilion Tahun Lepas - Tun Musa

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.