7bulan ago
Oleh Samantha Tan Chiew Tieng
PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Meskipun ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mencetuskan kebimbangan potensi penutupan Selat Hormuz serta gangguan bekalan tenaga global, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh hasil strategi kerajaan yang inklusif dan bersifat jangka panjang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- CC International Bhd (CCIB) menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Indah Secretarial (Pulau Pinang) Sdn Bhd (ISPG) telah memeterai perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih keseluruhan saham terbitan Alpadis Trust (Labuan) Ltd pada harga US$750,000 (US$1=RM4.19).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.
7bulan ago
WASHINGTON, 28 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan menghantar surat dalam tempoh seminggu setengah akan datang bagi memaklumkan kepada negara-negara mengenai kadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mereka perlu bayar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan DHL telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) semalam bagi meneruskan kerjasama sedia ada.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Razak Exchange (TRX) akan menyaksikan penambahan bangunan komersial ke-10 menjelang suku kedua 2029, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pertumbuhan hab kewangan antarabangsa Kuala Lumpur.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian perlindungan kebakaran Unique Fire Holdings Bhd bersedia meluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa, dipacu oleh inovasi produk, usaha mendapatkan pensijilan dan meningkatkan kehadiran dalam pasaran tempatan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Trovon Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Destini Bhd, telah memeterai dua perjanjian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih komponen kereta api elektrik bagi 58 set tren yang beroperasi untuk Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) Transit Aliran Massa (MRT).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) memperoleh kontrak perundingan bagi Projek Pemodenan Pengangkutan Awam Davao di Filipina.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) memeterai perjanjian perkongsian ekonomi yang membuka lembaran baharu bagi hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah memeterai perjanjian strategik gas asli cecair (LNG) dengan Japan Organisation for Metals and Energy Security (JOGMEC) dari Jepun.