BERITA TERKINI   Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, termasuk satu kes kematian melibatkan kanak-kanak - Dzulkefly | 

Terdapat 152 berita berdasarkan kata kunci carian " internet"

Malaysia, Korea Selatan Berhasrat Tambah Baik MoU ICT, Fokus Teknologi AI

SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini. 

TM Tandatangan Perjanjian Dengan Radian Arc Tingkatkan Infrastruktur Permainan Awan, Pengkomputeran

SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- TM Malaysia Bhd (TM) akan terus memenuhi permintaan industri permainan dengan mengukuhkan infrastruktur permainan awan dan kelebihan pengkomputeran dengan menandatangani perjanjian perkhidmatan bersama Radian Arc yang berpangkalan di Australia hari ini.

ASM 3 Umum Agihan Pendapatan RM837.89 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM837.89 juta untuk Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3), yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024.

ZTE, U Mobile Meterai MoU Cipta Aplikasi Pertanian Pintar

Oleh Hasnah Jusid

BEIJING, 28 Sept (Bernama) -- Syarikat teknologi komunikasi, ZTE (Malaysia) Corporation, dan penyedia perkhidmatan data mudah alih U Mobile, hari ini memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi membangunkan aplikasi pertanian pintar dan penyelesaian penggunaan yang berkesan.

Covid-19 Jejas Kemajuan Dalam Mengurangi Kemiskinan - KRI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Permohonan BUDI Agri-Komoditi Masih Rendah - Johari

KLUANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.

Bekas Jurutera Manfaatkan Teknologi Ceburi Bidang Pertanian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Didorong minat untuk mengkaji lebih mendalam sistem internet pelbagai benda (IoT) dalam bidang pertanian Abdul Mu'iz Hanafiah, 30, tekad untuk mengubah haluan kerjayanya daripada bidang kejuruteraan kepada pertanian kira-kira dua tahun lalu.

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.