Terdapat 1779 berita berdasarkan kata kunci carian " mampan"

Labuan Connect! 2024 Serlah Potensi Usahawan Labuan

LABUAN, 23 Nov (Bernama) -- Semangat keusahawanan di Wilayah Persekutuan Labuan terus pesat berkembang apabila perniagaan makanan tempatan semakin mendapat sambutan, didorong oleh sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

PKNS Lancar Projek Hartanah Dengan GDV Bernilai RM1.5 Bilion Pada 2025

CYBERJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan kira-kira 12 projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion pada 2025, mencerminkan komitmennya untuk memajukan pasaran hartanah Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mahmud Abbas.

Untung Bersih Suku Ketiga Affin Bank Meningkat Kepada RM145.82 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM145.82 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding keuntungan bersih RM100.45 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.

BMI Unjur Harga Purata Minyak Sawit RM3,900 Setan Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan harga purata minyak sawit pada RM3,900 setan untuk 2025, turun daripada anggaran RM4,050 setan pada 2024.

Untung Bersih Petron Malaysia Pada Suku Ketiga Susut

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kentungan bersih Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd menyusut kepada RM4.63 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM81.90 juta pada tahun sebelumnya dalam keadaan aliran penurunan harga minyak.

Pihak Berkepentingan Sektor Tenaga Asia Tenggara Fokus Kurangkan Pelepasan Metana

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Petronas dan pihak berkepentingan lain dalam sektor tenaga di Asia Tenggara mengumumkan sektor itu berupaya memainkan peranan utama dalam usaha penyahkarbonan di rantau ini dengan menumpukan kepada pengurangan pelepasan metana.

Nilai Aktiviti Perniagaan Malaysia Di Vietnam Melebihi US$13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Aktiviti perniagaan Malaysia di Vietnam telah melebihi nilai US$13 bilion (US$1=RM4.47), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bank Rakyat Terbit Sukuk SRI Kemampanan ASEAN Berjumlah RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.

Untung Bersih Suku Ketiga MYEG Naik 62.5 Peratus Kepada RM195 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MY E.G. Services Bhd (MYEG) meningkat 62.5 peratus kepada RM195.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM120 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dipacu oleh yuran perkhidmatan lebih tinggi dan keuntungan pelaburan.

IAQ Solutions Raih Anugerah Pembina Terbaik MCIEA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- IAQ Solutions Sdn Bhd menerima Anugerah Pembina Terbaik pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan (MCIEA) 2024 sebagai pengiktirafan terhadap projek kemudahan pengujian pembuatan Robert Bosch.

Permodalan Pasaran Ekuiti Meningkat Bukti Pemulihan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyertaan Global Dalam Smart Nation Expo 2024 Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Penyertaan pelbagai jenama global dan negara luar di Smart Nation Expo 2024 membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan digital utama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.