Terdapat 1970 berita berdasarkan kata kunci carian " positif"

Kemampuan, Kes Rumit Dan Pesakit Asing Pacu Pertumbuhan Sektor Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan Malaysia pada 2025 dijangka terus meningkat, disokong oleh peningkatan pelancongan perubatan, kemasukan pesakit dan rawatan kes rumit, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Asian Supply Base Lancar Kemudahan Pertukaran Kru, Tingkat Kecekapan Operasi Luar Pesisir

LABUAN, 22 Jan (Bernama) -- Asian Supply Base (ASB) secara rasmi melancarkan Kemudahan Pertukaran Kru baharu yang direka untuk meningkatkan kecekapan proses masuk dan keluar kalangan petugas minyak dan gas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

MNRB Catat Untung Bersih RM115.9 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis, 2024 (suku ketiga tahun kewangan 2025), peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding RM84.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

YNH Property Lupus Aeon Mall Seri Manjung Pada Harga RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Subsidiari milik penuh YNH Property Bhd, Kar Sin Bhd and YNH Hospitality Sdn Bhd telah melupuskan Aeon Mall Seri Manjung pada harga RM138.0 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Berterusan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.

Unit Pansar Raih Kontrak Pembinaan Lebuh Raya Bernilai RM477.69 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.

Industri Automotif Malaysia Capai Rekod Jualan 816,747 Unit Pada 2024

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod  jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Selasa, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Terbitan Bon Korporat Dijangka Cecah RM120 Bilion Pada 2025 - RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- RAM Ratings menjangkakan terbitan bon korporat kekal positif anatara RM110 bilion-RM120 bilion pada 2025, disokong oleh pembiayaan infrastruktur dan keperluan pembiayaan perniagaan.

Permintaan Domestik, Teknologi Dan Pelaburan Strategik Pacu Pertumbuhan 2025 Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.