Terdapat 1904 berita berdasarkan kata kunci carian " perindustrian"

Nilai Transaksi Hartanah Bagi 2024 Cecah RM217.46 Bilion, Melebihi Sasaran Awal - Nga Kor Ming

IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Nilai transaksi hartanah bagi tahun 2024 mencecah RM217.46 bilion jauh mengatasi sasaran RM100 bilion yang ditetapkan pada awal tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Selasa dalam mod berhati-hati, menjejaki penurunan semalaman Wall Street disebabkan penjualan besar-besaran dalam sektor teknologi, kata seorang penganalisis.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Dagangan Lengang

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah negatif hari ini disebabkan dagangan lemah yang disaksikan di seluruh papan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina (CNY), kata seorang penganalisis.

MATRADE Sasar 20,000 Pengunjung, 750 Pempamer Sertai Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung dan 750 pempamer pelbagai negara menyertai Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama dan cuti Tahun Baru Cina.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung Berterusan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini berikutan pelabur bersiap sedia dengan jadual dagangan singkat minggu depan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas meningkat baru-baru ini, dengan penurunan indeks utama didorong oleh kaunter YTL.