Terdapat 233 berita berdasarkan kata kunci carian "uso"

Proton Bakal Lancar EV Kedua e.Mas 5 Pada Suku Keempat 2025

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbarunya, e.MAS 5 pada suku keempat 2025.

Melaka Jalin Kerjasama Dengan WEC Tarik Pelabur Jerman Ke GTP

MELAKA, 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka menjalin kerjasama dengan World Economic Council (WEC) dari Jerman untuk menarik lebih ramai pelabur dari negara itu melabur di Taman Teknologi Jerman (GTP) di Ayer Panas, Bemban di sini.

Malaysia Akan Terus Fokus Kepada Pasaran Baharu, Teroka Pasaran Bukan Tradisional - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus meneraju pembangunan sawit negara ke arah industri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.

East Coast Energy 2025 Letakkan Terengganu Sebagai Hab Sedia Masa Depan Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.

CPTPP: 8,000 Tan Minyak Sawit Dari Sabah Dieksport Ke UK Dengan Tarif Sifar

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 8,000 tan minyak sawit Malaysia dari Sabah yang dieksport ke United Kingdom (UK) pada awal bulan ini telah mendapat akses tarif sifar di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar.

TNB Mampu Tingkat Keupayaan Bidang Tenaga Di Luar Negara - Fadillah

Daripada Salawaty Supardi

NEWCASTLE, 27 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mampu mengembangkan dan terus meningkatkan keupayaannya dalam bidang tenaga di luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Nyata Komitmen Teguh Terhadap Keselamatan Tenaga Di London

Oleh Salawaty Supardi

LONDON, 26 April (Bernama) -- Malaysia menyatakan komitmen teguh terhadap keselamatan serta peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat global seiring dengan aspirasi dunia untuk mencapai masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif.

Grid Tenaga ASEAN Perkukuh Kerjasama Serantau - Fadillah

LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Tumpu Realisasikan Grid Tenaga ASEAN, Tingkat Program Pertukaran -- TPM Fadillah

LONDON, 24 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan Grid Tenaga ASEAN selain meningkatkan program pertukaran berkaitannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

TPM Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak Tenaga Di London

Daripada Salawaty Supardi

LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.