9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk mengurangkan pegangan aset strategik daripada 56 peratus kepada 35 peratus di bawah 'Projek Bumi' dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menurunkan pendedahan di samping mengekalkan kawalan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Equinix Inc dan Transcelestial bagi membawa penyelesaian teknologi terkini untuk perniagaan di Malaysia dengan meningkatkan kapasiti ketersambungan dan kebolehan AI di seluruh negara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) yang juga unit Gagasan Nadi Cergas Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM134.41 juta daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Malindo Airways Sdn Bhd (Batik Air) mengemas kini peraturan mengenai ‘power bank’ atau bank kuasa berkuat kuasa serta-merta, yang membolehkan penumpang untuk membawa maksimum sehingga dua yang perlu disimpan sendiri pada setiap masa dan tidak diletakkan dalam bagasi kabin.
10bulan ago
GEORGE TOWN, 6 Mac (Bernama) -- Wawasan Open University (WOU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor semikonduktor dan pembuatan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Komitmen berterusan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 untuk memupuk reka bentuk dan inovasi adalah penting untuk kemampanan industri perabot Malaysia, menyumbang dengan ketara kepada pendapatan dan pertumbuhan eksport negara.
10bulan ago
KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (Mintred) sedang giat memperhalusi dan menambah baik polisi pelaburan di negeri itu, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Semarak Renewable Energy Sdn Bhd (SeRenE) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan penyedia perkhidmatan marin dan luar pesisir, Megamas Resources yang berpangkalan di Singapura untuk menubuhkan syarikat usaha sama baharu, Semarak MIS Sdn Bhd.
11bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd (KAB) melalui anak syarikat milik penuhnya, KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
11bulan ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Kaedah pembinaan bagi projek kabel elektrik dasar laut berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini, menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.