Terdapat 199 berita berdasarkan kata kunci carian "jawapan bertulis"

Cukai Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu Hanya Dikenakan Jika Disediakan Di Luar Premis Yang Diluluskan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Kerajaan Tidak Bercadang Semak Semula Kadar Cukai Pendapatan Syarikat Buat Masa Ini - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Kerajaan Promosi Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Selamat -- MITI

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi lebih penekanan terhadap promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat, berlandaskan kestabilan politik, ekonomi, dasar pro-perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Tiada Cadangan Naikkan Paras Harga Pengaktifan IPG Melebihi RM3 Sekilogram - KPK

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada masa ini tidak bercadang untuk menaikkan kadar atau Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melebihi RM3 sekilogram.

Pelaburan Domestik GLIC Perkukuh Ekonomi, Berdaya Tahan Terhadap Kesan Luar

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.

Hutang Isi Rumah RM1.63 Trilion, Aset Kewangan RM3.4 Trilion Setakat Akhir Disember 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Mekanisme Perdagangan, Pelaburan Dalam Mata Wang Tempatan Akan Terus Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memperkukuh serta menambah baik saluran dan mekanisme sedia ada bagi mempermudah urusan perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

LRT3 Dijadual Mula Beroperasi Pada 30 September 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 Sept, 2025, selepas projek itu diserahkan sepenuhnya kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kontraktor utama pada 31 Julai ini.

Kerajaan Perluas Pasaran Dagangan, Perkukuh Diplomasi Untuk Hadapi Ketidaktentuan Ekonomi - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.

Malaysia Kekal Destinasi Utama Pelaburan Eropah Dan AS, Potensi Pelaburan Hampir RM20 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia masih kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama bagi pelabur-pelabur Eropah dan Amerika Syarikat (AS) walaupun negara telah menyertai BRICS.

Kerajaan Tawar Pelbagai Insentif Untuk Tarik Pelaburan Dalam Industri Nadir Bumi - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited membangunkan ekosistem industri nadir bumi (REE) merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan menawarkan pelbagai insentif serta sokongan strategik bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.

Penjualan Saham MAHB Tidak Jejas Aspek Keselamatan Negara - MOT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.