1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pembukaan pejabat baharu syarikat konglomerat teknologi China, Tencent Holdings Ltd di Malaysia memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi serantau yang sedang pesat membangun, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim oleh S&P Global meningkat kepada 50.1 pada November daripada 49.5 pada Oktober, menandakan peningkatan kecil pertama kali prestasi sektor itu sejak Mei 2024.
1bulan ago
MELAKA, 1 Dis (Bernama) -- Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) melalui anak syarikatnya, DMDI Ventures melancarkan kedai barangan elektrik pertamanya yang menawarkan pelbagai produk elektrik buatan tempatan dengan jenama Selamat.
1bulan ago
Daripada Hasnah Jusid
SINGAPURA, 29 Nov (Bernama) -- ASEAN perlu mengukuhkan perdagangan intra-serantau selain bertindak meningkatkan kesalinghubungan ekonomi agar seiringan dengan kepesatan perubahan landskap global, kata Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
1bulan ago
KINABATANGAN, 29 Nov (Bernama) -- Pengundi muda di Sabah tidak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, lebih-lebih lagi ada antaranya yang mengundi buat kali pertama selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.
1bulan ago
MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), Tanjung Emas di sini.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Rakyat dan komuniti perniagaan menjadi penerima manfaat terbesar hasil pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), apabila pelbagai urusan kerajaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kos pematuhan berkurangan dan tahap ketelusan perkhidmatan semakin meningkat.