5bulan ago
PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 menyediakan peluang penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau, menyelaras strategi ekonomi halal ASEAN selain meletakkan rantau ini sebagai destinasi utama pelancongan Islam serta industri kreatif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pameran Pengembaraan AirAsia (AATF) 2025 dijangka menarik kira-kira 15,000 pengunjung, iaitu meningkat 5,000 berbanding edisi prapandemik pada 2019, selaras dengan hasrat syarikat penerbangan itu mengembalikan siri pameran tersebut dengan rancangan menjadikan pameran tahun depan sebagai yang terbesar di Malaysia.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 21 Ogos (Bernama) -- EPB Group Bhd (EPB), penyedia penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan sehenti, telah mengumumkan perkongsiannya dengan Shenzhen Honglin Machinery Equipment Co Ltd (Shenzhen Honglin) bagi memacu automasi dan pengembangan pasaran di seluruh Asia Tenggara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk mengaktifkan semula kerjasama ekonomi dengan negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) melalui pelbagai usaha strategik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Johor muncul sebagai peneraju pelaburan pusat data negara dengan 42 projek bernilai RM164.45 bilion diluluskan setakat suku kedua 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu inklusif dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.
5bulan ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) – Industri teknologi perubatan Pulau Pinang muncul sebagai salah satu sektor paling berpotensi di negeri ini dengan prospek pertumbuhan kukuh, disokong oleh permintaan global, keupayaan tempatan dan ekosistem yang padu.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) melancarkan misi perdagangan antarabangsa ke China bermula 8 hingga 10 Ogos ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, syarikat acara perniagaan tempatan terkemuka yang sedang menyambut ulang tahun ke 20 sejak ditubuhkan pada 2005, telah menggondol 10 anugerah berprestij di Anugerah Perniagaan Malaysia (MBEA) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bercadang meningkatkan peruntukan bagi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India (I-BAP) kepada RM10 juta dalam belanjawan akan datang, susulan sambutan luar biasa yang diterima sejak dilancarkan Oktober lepas.