Terdapat 141 berita berdasarkan kata kunci carian " disiplin"

Bursa Malaysia Dijangka Dalam Dagangan Berwaspada Minggu Depan Selepas Belanjawan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2025 Peruntuk RM421 Bln, Peningkatan 3.3 Peratus dari Peruntukan Tahun Lalu

 KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM421.0 bilion, atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),  peningkatan 3.3 peratus daripada RM407.5 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan 2024 yang disemak semula.

Belanjawan 2025 Bantu Golongan Berdepan Cabaran Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) – Belanjawan 2025 akan mengimbangi antara mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan segmen masyarakat yang paling mudah terjejas, terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan orang kurang upaya, yang diberi perhatian dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Berikutan Prospek Positif Belanjawan 2025

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.

Belanjawan 2025 Dijangka Sedia Asas Kepada Rancangan Malaysia Ke-13, Tangani Cabaran Kos Sara Hidup - MIER

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober, merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan dijangka menyediakan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) yang akan datang.

HLIB Jangka Belanjawan 2025 Imbangi Disiplin Fiskal Dan Pertumbuhan KDNK

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.

George Lee Lap Wah Dilantik Sebagai Pengerusi OCBC Bank, OCBC Al-Amin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – OCBC Bank melantik George Lee Lap Wah sebagai Pengerusi OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) berkuat kuasa hari ini.

AKPK Lapor 53,000 Individu Bawah 30 Tanggung Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).