1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan ketara pasaran terhadap kebebasan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terus ditekan berkaitan pendirian dasar monetarinya.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh trend menaik dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, apabila indeks utama meningkat 0.44 peratus susulan sokongan belian terhadap kaunter perbankan dan perladangan.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu hadapan memandangkan pasaran mungkin kekal disokong secara konstruktif, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.04-4.07 pada minggu depan dengan keseimbangan risiko cenderung ke arah pengukuhan ringgit ketika pelabur beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengalami sedikit turun naik minggu depan, dengan kecenderungan untuk harga bergerak sedikit meningkat susulan keadaan cuaca terus menjejaskan pengeluaran, kata pakar industri Denis Low.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati dari segi pegangan menjelang data pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini serta kemungkinan keputusan Mahkamah Agung berkaitan tarif era Presiden AS Donald Trump, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, seiring dengan pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.