7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan kepelbagaian eksport bagi menangani kesan ekonomi dari tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) akan menggantung penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Nairobi, Kenya, bermula 1 September, 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengoptimuman rangkaiannya disebabkan permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.
8bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR,27 April (Bernama) -- Malaysia bercadang mewujudkan Majlis Halal ASEAN dan cadangan itu akan dibawa ke peringkat Sekretariat ASEAN untuk dimuktamadkan secara rasmi bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam industri halal serantau.
8bulan ago
BEIJING, 28 April (Bernama) -- Penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjelang akhir 2027 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka membuka potensi pembangunan di pantai Timur Semenanjung yang turut menempatkan Taman Perindustrian Kuantan, Pahang.
8bulan ago
Oleh C.Vinoothene
SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.
8bulan ago
Oleh Naveen Prabu Kuppusamy
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Uganda menyasar pelaburan dari Malaysia dalam sektor tenaga dan sumber galian dengan peluang utama dalam penapisan minyak, mineral kritikal dan infrastruktur tenaga bersih, kata Menteri Tenaga dan Pembangunan Mineralnya Ruth Nankabirwa.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.
8bulan ago
SINGAPURA, 16 April (Bernama) -- Singapura menyeru pengintegrasian ekonomi di ASEAN dipercepatkan, dengan menggesa blok itu untuk menyasarkan penghapusan 100 peratus tarif di seluruh rantau ini, meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, dan seterusnya mengurangkan halangan bukan tarif bagi membolehkan operasi perniagaan yang lebih lancar di seluruh rantau ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pan Merchant Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk langkah tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE dalam suku kedua 2025.