BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 294 berita berdasarkan kata kunci carian " kerugian"

Scam Jejas Pasaran Motosikal Terpakai Di Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran motosikal terpakai di Malaysia terus bergelut dengan isu kepercayaan kerana pembeli menghadapi risiko penipuan yang semakin meningkat dan tiada ketelusan dalam urus niaga.

Untung Bersih Mah Sing Bagi Suku Pertama 2025 Melonjak Kepada RM66.04 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd mencatatkan lonjakan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM66.04 juta berbanding RM60.05 juta bagi suku pertama 2024, disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen pembangunan hartanah.

UEM Edgenta Raih Nilai Perolehan Kontrak RM1.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.

Keuntungan Dalam Pasaran Getah Terencat, Menjejaki Kerugian Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --Keuntungan dalam pasaran getah Malaysia terencat untuk ditutup lebih rendah berikutan kerugian di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

FGV Holdings Kembali Catat Keuntungan, Catat Untung Bersih Suku Pertama RM36.48 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- FGV Holdings Bhd kembali mencatat keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM36.48 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, berbanding kerugian bersih RM13.50 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama RHB Bank Naik Kepada RM750.03 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM750.03 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM730.17 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa disebabkan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Mendatar, Indeks Utama Susut Sedikit

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir mendatar pada Isnin dengan indeks utama menyusut sedikit, terjejas ekoran aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter telekomunikasi.

Pasaran Getah Susut Susulan Kelemahan Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau. 

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Tarif AS : Malaysia Berpotensi Hilang Sehingga Empat Peratus Nilai Eksport Panel Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia berisiko kehilangan tiga hingga empat peratus daripada nilai eksport panel solarnya jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengenakan tarif import produk panel solar, kata pemerhati industri.