1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024, disokong oleh persekitaran pasaran buruh yang stabil, dasar fiskal dan monetari yang kondusif dalam keadaan ketidaktentuan luaran yang berlarutan, kata seorang pakar ekonomi.
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), dengan kerjasama Beicip Franlab Asia, telah memulakan kajian ke atas lembangan bersepadu untuk meneroka sumber yang belum diterokai di Lembangan Melayu, yang terletak di luar pantai Semenanjung Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM256.4 juta daripada Eastern & Oriental Express Sdn Bhd (E&OE) membabitkan kerja-kerja pembinaan di Elmina West, Shah Alam di Selangor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan menguatkan kedudukannya di pasaran global, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengalu-alukan kehadiran Papua New Guinea yang kini rasmi sebagai negara anggota keempatnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Etiqa Life Insurance Bhd (ELIB) mengumumkan pelantikan Leong Su Yern sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) berjaya meraih kontrak utama selama lima tahun daripada anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024, menandakan peningkatan 15.8 peratus tahun ke tahun yang kukuh berbanding November 2023.