Terdapat 1578 berita berdasarkan kata kunci carian " program"

Penutupan Pejabat MPOB Di Luar Negara Tidak Jejas Usaha Tangani Kempen Anti Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Tahap Pengetahuan Kewangan Rakyat Malaysia Meningkat, Tetapi Masih Hadapi Cabaran

KUCHING, 17 Nov (Bernama) -- Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.

Penglibatan Pembeli Premium Pada MIHAS Berupaya Tingkatkan Eksport - MATRADE

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 17 Nov (Bernama) -- Penglibatan pembeli premium pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengembangkan perniagaan pempamer Malaysia ke peringkat antarabangsa.

LIAM Lancar Pek Permulaan i-MULA 50 Di Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan syarikat ahlinya melancarkan Pek Permulaan i-MULA 50 secara rasmi hari ini sebagai sebahagian acara Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak yang diadakan dari 15 hingga 17 November.

Bank Muamalat Jalin Kerjasama Perluaskan Inisiatif Kewangan Sosial 

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad memperluaskan inisiatif kewangan sosialnya melalui beberapa kerjasama yang dimeterai di Karnival Celik Kewangan (KCK) 2024 yang sedang berlangsung di sini sehingga Ahad ini.

Penduduk, Peniaga Daerah Yan Digalakkan Guna e-Duit Mudahkan Urusan Kewangan

YAN, 16 Nov (Bernama) -- Penduduk dan peniaga di daerah Yan digalakkan melakukan aktiviti jual beli menggunakan pembayaran secara elektronik atau tanpa tunai bagi memudahkan urusan kewangan seharian serta menjadikan hidup lebih mudah dan cekap.

Prestige: Merapatkan Pengetahuan Akademik Dan Industri Tenaga

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) akan mengadakan program tahunan Kemampanan Tenaga & Peralihan dan Wawasan kepada Jurutera Siswazah (PRESTIGE) 2024 bertujuan untuk merapatkan pengetahuan akademik dengan industri tenaga.

Bank Negara, FEN Anjurkan Karnival Celik Kewangan Sarawak

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.

MGA Bimbing Bakat Muda Sektor Gas Dan Tenaga Menerusi Prestige

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) membimbing bakat muda untuk sektor gas dan tenaga Malaysia melalui program penglibatan penuntut universiti iaitu Program Kemampanan Tenaga, Peralihan dan Visi kepada Jurutera Siswazah (Prestige).

Anwar Gesa Anggota APEC Iktiraf Potensi Sekutu Bukan Tradisional

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu mengiktiraf potensi sekutu bukan tradisional seperti Kesatuan Afrika, Amerika Latin dan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Tampil Johor Sebagai Destinasi Pelaburan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia yang diadakan baru-baru ini menyerlahkan usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan dan inovasi, menampilkan Johor sebagai destinasi pelaburan utama bagi sektor elektronik.

Taman Semikonduktor Kedua Akan Dilancar Awal Tahun Depan – MB Selangor

SHAH ALAM, 15 Nov (Bernama) -- Selangor akan memiliki Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia keduanya yang akan dilancarkan pada awal 2025 di Cyberjaya, Sepang, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.