1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober 2024, meningkat berbanding RM239.3 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas dipacu oleh pertumbuhan dalam eksport dan import, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Tawaran penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham memberikan peluang kepada pelabur untuk merealisasikan keuntungan segera, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
RIO DI JANEIRO (Brazil), 18 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga dan teknologi global Yinson Holdings Bhd berkata kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada kerajaan Brazil dan Malaysia memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat itu.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
RIO DE JANEIRO (Brazil), 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di sini, Ahad.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 bagi kenderaan bermotor pada 800,000 unit, meningkat 35,000 unit atau 4.57 peratus daripada anggaran sebelumnya sebanyak 765,000 unit.
1tahun ago
KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Rakyat Sarawak diminta untuk lebih aktif menyertai pasaran modal sebagai satu cara bagi mengembangkan kekayaan, susulan pencapaian cemerlang pasaran modal negara tahun ini.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sedang mengukuhkan landskap kewangan Islam dan digital dengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagai hab kewangan digital terkemuka.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia wajar bertindak menyediakan pelan kontigensi atau luar jangka untuk berdepan sebarang kemungkinan perubahan dasar serta tarif bersasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini mencerminkan sokongan bank pusat itu terhadap pertumbuhan ekonomi domestik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.
1tahun ago
BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan apabila berjaya melonjakkan Kuala Lumpur ke kedudukan lebih baik berbanding tahun lepas, dalam Indeks Bandar Pintar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).