1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan, menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), komited memastikan setiap ladang sawit mempunyai tenaga kerja yang mencukupi supaya pengeluaran konsisten dan tidak terjejas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada dagangan tengah hari Selasa dipacu oleh aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, menurut penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan positif, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta peningkatan beransur-ansur dalam keadaan rantaian bekalan, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).
1tahun ago
Oleh Naveen Prabu Kuppusamy
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Menjelang Thaipusam, vendor dan penganut Hindu di seluruh Malaysia berdepan cabaran kerana kekurangan bekalan dan kenaikan harga yang ketara bagi barangan keperluan perayaan berkenaan terutamanya kelapa dan bunga.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan menaik minggu depan, bergerak dalam julat US$2,775 hingga US$2,825 dan dipacu oleh permintaan fizikal yang kukuh di Asia serta minat spekulatif daripada pasaran Barat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh sentimen lebih baik di pasaran serantau dan global berikutan pelabur bersiap sedia untuk membeli saham berharga rendah selepas musim perayaan, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta.