11bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila pelabur teragak-agak untuk mengambil langkah menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan data ekonomi akan datang yang boleh mempengaruhi Rizab Persekutuan AS membuat keputusan terhadap kadar faedahnya.
11bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.
11bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MY E.G Services Bhd (MYEG) dan Heitech Padu Bhd hari ini mengumumkan permulaan kerjasama kedua-dua syarikat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, dipacu oleh keyakinan terhadap Belanjawan 2025 dan pembelian menyeluruh bagi seluruh papan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat peningkatan merentasi semua papan pada tengah hari Jumaat, seiring dengan prestasi sebahagian besar pasaran serantau dan menjejaki prestasi semalaman Wall Street, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.