1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Sapangar Bay Container Port (SBCP), melalui sinergi dengan DP World Plc yang berpangkalan di Dubai dan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), bersedia berintegrasi ke dalam rangkaian global DP World bagi meningkatkan peranannya secara strategik dalam Asia Tenggara dan membolehkannya memanfaatkan kepesatan pertumbuhan eksport di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
1tahun ago
SEPANG, 16 Okt (Bernama) -- Penumpang syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia AirAsia bakal menikmati dunia watak permainan popular “Sonic the Hedgehog” dan “Persona 5” menerusi kerjasamanya dengan syarikat permainan Sega Corp dan unitnya Atlus hari ini.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menubuhkan pasukan untuk menyelia Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang merangkumi tiga pakej utama dan dijadualkan siap menjelang 2028.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC, mengumumkan siap kerja lapangan kontena terbaharunya, Blok K yang memberi tambahan kapasiti sebanyak 662,256 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berdasarkan hari simpanan selama lima hari.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya JLand Group (JLG) telah melancarkan operasi kontenanya di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang dekat sini, semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.
1tahun ago
SEPANG, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan terus mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.
1tahun ago
PELABUHAN KLANG, 27 Sept (Bernama) – Pembangunan fasa dua projek pembesaran terminal kontena Westports Holdings Bhd, Westports 2, merupakan satu langkah penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab maritim dan logistik global pada masa depan.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
1tahun ago
BUTTERWORTH, 23 Sept (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd dijangka melebihi kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Sasedharan Vasudevan.