Terdapat 1929 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Unit Yinson Terbit Bon Projek US$1.168 Bilion Untuk Pembiayaan Semula Kapal FPSO

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Yinson Production, berjaya menerbitkan bon projek bernilai US$1.168 bilion (US$1 = RM4.20) untuk pembiayaan semula kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Maria Quitéria.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului kaunter utiliti dan pembinaan dalam sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka meningkat hari ini, seiring dengan prestasi kukuh asas pasaran tunai.

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi, kata penganalisis.

Lonjakan Sentimen Ekuiti Heret Turun Niaga Hadapan Emas

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan sentimen global yang memberangsangkan terhadap pasaran ekuiti, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran.

Bursa Malaysia Lulus Cadangan Pelan Pemulihan Sapura Energy Keluar Daripada Status PN17

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengn prestasi di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Bagi Sesi Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Zarul Effendi Razali dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi sesi dagangan ketiga berturut-turut, disokong oleh pembelian berterusan dalam produk dan perkhidmatan industri terpilih serta kaunter penjagaan kesihatan, kata seorang penganalisis.