10bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini akan mengutamakan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi serantau susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas negara anggota blok itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mampan lanjutan dalam inisiatif penyahkarbonan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
11bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) menyasarkan hasil sebanyak RM470 juta bagi tahun kewangan 2025 selepas meraih hasil memberangsangkan iaitu RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024 yang juga merupakan hasil tertinggi dalam sejarah syarikat.
1tahun ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
1tahun ago
Oleh Ahmad Erwan Othman dan Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, perlu menggalakkan penubuhan zon ekonomi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota sebagai usaha meningkatkan potensi ekonomi negara jiran masing-masing.
1tahun ago
KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Brunei berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi memajukan inisiatif tenaga bersih.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Penyedia keselamatan siber global, Bitdefender telah memperoleh bahagian utama BitShield Data Defense Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk mengedarkan perkhidmatan penyelesaian Bitdefender di Malaysia dan Brunei.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan tema mesyuarat sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang besar di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, dengan menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemaran beliau hinggalah kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Negara anggota ASEAN menumpu untuk mengukuhkan asas ekonomi, kerjasama dan meningkatkan perdagangan sesama anggota, yang setakat 2023, mencatatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.8 trilion (US$1=RM4.43)
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 berikutan ini akan terus menyepadukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).