10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan lebih rendah minggu depan, menjejaki prestasi eksport yang perlahan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk mengakhiri minggu ini lebih tinggi, menjejaki prestasi kukuh minyak kacang soya, menurut penganalisis.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives gagal mempertahankan kenaikan semalam untuk ditutup rendah hari ini berikutan kejatuhan minyak pesaing di tengah-tengah prospek yang tidak menggalakkan, menurut seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 Sept, 2025, selepas projek itu diserahkan sepenuhnya kepada Prasarana Malaysia Bhd oleh kontraktor utama pada 31 Julai ini.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh data eksport lebih baik dalam keadaan sentimen pasaran yang positif, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh kebimbangan terhadap bekalan yang terhad, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
10bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global, kata penganalisis.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives mencatat paras tertinggi dengan 22.75 juta kontrak didagangkan bagi semua produk pada 2024, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 19.11 juta kontrak pada 2022.
10bulan ago
SEPANG, 24 Feb (Bernama) -- Kerjasama Menzies Aviation dan MMAG Sky Services Sdn Bhd bersedia menerapkan kepakaran antarabangsa dalam sektor penerbangan Malaysia, dengan sasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.