11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia ialah peneraju ASEAN yang berjaya mengembangkan akses kepada perumahan mampu milik, walaupun ia mempunyai sumber yang terhad bagi segmen tersebut, kata Juwai IQI.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan tempatan perlu bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera bagi memperluas pasaran dan mengukuhkan daya saing mereka, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
11bulan ago
KUALA LUMPUR,18 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) meluluskan pelaksanaan kerangka khusus Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang menggariskan hala tuju jelas bagi menyasarkan pembangunan 110 syarikat tempatan dalam aktiviti bernilai tinggi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia boleh memacu sinergi ASEAN-China untuk mencapai ‘Abad Asia’ (era dominan Asia pada abad ke-21), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju supaya diplomasi semikonduktor menjadi satu daripada tonggak strategik dalam kerangka dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan atas permintaan, Grab termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantarannya menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China telah membuka peluang kepada industri semikonduktor Malaysia, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Wong Siew Hai.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Hubungan Malaysia dan ASEAN dengan China perlu terus dibina berlandaskan hormat dan kepercayaan bersama, terutama dalam memacu industri bernilai tinggi, memupuk inovasi serta merangsang pembangunan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.