BERITA TERKINI   SPR terima pemakluman kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag susulan kematian Bung Moktar | 511,544 unit Rumah Mampu Milik telah siap setakat 30 Sept, lepasi sasaran 500,000 unit yang ditetapkan di bawah RMKe-12 - Nga | KPKT lulus peruntukan hampir RM82 juta bagi pembinaan Program Residensi Rakyat pertama di Johor, yang akan dibangunkan di Larkin - Nga Kor Ming | Bantuan khas RM500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak, bayaran dibuat Januari 2026 - MB Perlis | 

Terdapat 1380 berita berdasarkan kata kunci carian " persekutuan"

Sentimen Pemilihan Presiden, Kadar Faedah AS Dorong Ringgit Ditutup Mengukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Kenaikan Di Wall Street Lonjak Sentimen

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, ekoran dolar AS lemah dengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.

AS Sekat 6 Syarikat Malaysia Atas Dakwaan Kaitan Dengan Sektor Pembuatan Rusia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sebanyak enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Rusia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

 

Saham Perladangan, Kadar FOMC Turun Imbang ketidaktentuan Menjelang Keputusan Pilihan Raya AS 

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Mod Berhati-hati Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 Nov, 2024, kata seorang penganalisis.

Pertumbuhan ASEAN Diunjur Kukuh Pada 4.6 Peratus - IMF

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Ketika Pelabur Berhati-hati Terhadap Risiko Pilihan Raya AS

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan risiko yang akan muncul menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang menyebabkan pelabur berhati-hati.

Johor Raih Potensi Pelaburan Bernilai US$190 Juta Dari Korea Selatan - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira US$190 juta (US$1=RM4.3755) ke negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.