4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan meningkat minggu depan, susulan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 4 Sept.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- RHB Bank Bhd menjangkakan margin faedah bersihnya (NIM) berada dalam lingkungan 1.80 dan 1.83 peratus bagi tahun kewangan 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) menjangkakan pertumbuhan pinjamannya seiring dengan kadar industri sebanyak empat peratus tahun ini, dipacu terutamanya oleh segmen perbankan perniagaan dan runcit, manakala pinjaman runcit dijangka kekal mendatar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025).
5bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan walaupun dalam keadaan dasar perdagangan global yang semakin tidak menentu, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, dengan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan daripada rundingan tarif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR,15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, dengan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan daripada rundingan tarif.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh kelemahan dolar AS berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dalam beberapa bulan akan datang.