7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan, menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah melahirkan 763 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggi sekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- AME Development Sdn Bhd diiktiraf sebagai Pemaju Terbaik pada majlis Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2024 ke-19 pada Jumaat.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).
7bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekspo Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2024 yang julung kali diadakan bertujuan meningkatkan industri penjagaan kesihatan Malaysia dengan mempromosikan produk inovatif, memupuk perkongsian dan menarik pelaburan untuk peranti perubatan dan produk-produk farmaseutikal.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 telah menjana lebih RM5 bilion potensi perniagaan, satu pencapaian penting ke arah masa depan lebih hijau bagi Malaysia dan wilayah sekitarnya.
8bulan ago
SHAH ALAM, 8 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) memenangi Anugerah Kecemerlangan Perikatan Perkhidmatan Inovasi dan Teknologi Global (WITSA) 2024 bagi Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam).