Terdapat 1218 berita berdasarkan kata kunci carian " modal"

MITI Bakal Laksana Kerangka Insentif Baharu Bermula Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Pavilion REIT Catat Keuntungan Bersih RM466.91 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR,  29 Jan (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM466.91 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM409.92 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih KLCCP Stapled Group Naik Kepada RM1.28 Bilion Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- KLCCP Stapled Group yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi kepada RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM1.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Sasar Permodalan Pasaran IPO RM28 Bilion Pada 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menyasarkan permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah RM28 bilion tahun ini, meningkat daripada RM27.4 bilion yang dicapai pada 2025.

Untung Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM250.16 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM250.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, menyusut daripada RM310.12 juta pada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam jumlah dagangan sekuriti.

MIDA Terus Bina Hubungan Erat Pemula Niaga-Pelabur Menerusi Kerjasama Industri

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus memudah cara hubungan erat pemula niaga dengan pelabur menerusi langkah menggalakkan kerjasama industri-pemula niaga dalam sektor berimpak tinggi.

Malaysia Perlu Jadi Negara Teknologi, Selaraskan Modal, Dasar Dan industri- Liew

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu mengubah pendekatan daripada menjadi negara perdagangan kepada negara berteraskan teknologi, menyelaraskan modal, dasar dan industri untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan teknologi termaju sedia ada, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Malaysia Perlu Pantas Terjemah Inovasi Kepada Penerimagunaan Perusahaan - Chang

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu bergerak pantas menterjemah inovasi untuk digunakan perusahaan, meningkatkan produktiviti dan daya saing negara susulan peningkatan pesat kumpulan syarikat pemula teknologi serta kesediaan menggunakan teknologi digital.

VentureTech Labur Dalam Firma Teknologi Pendidikan, Sokong Pengembangan Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat pelaburan VentureTech Sdn Bhd melabur dalam firma teknologi pendidikan (edtech) Tymba Education Group yang mengkhususkan dalam kelayakan perakaunan dan kewangan profesional.

RAM Ratings Naikkan Penarafan Bon YTL Corp, YTL Power Kepada AAA

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menaikkan penarafan jangka panjang program hutang YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kepada AAA, susulan peningkatan berterusan prestasi operasi, keuntungan dan profil kewangan kumpulan itu.

Tumpuan Global Terhadap Kewangan Mampan Seiring Pertumbuhan Pusat Data - Moody's

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Tumpuan global terhadap kewangan mampan dijangka kekal kukuh tahun ini, didorong pertumbuhan pesat pusat data, menurut Moody’s Ratings.

Ringgit Mengukuh Kepada 3.9170 Berbanding Dolar AS Pada Rehat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada 3.9170 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, meneruskan kenaikan daripada sesi sebelum ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meningkat.