Terdapat 153 berita berdasarkan kata kunci carian " isi rumah"

Industri Insurans Raih Perhatian Berikutan Premium Perubatan Naik Mendadak

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.

Inflasi November Turun Kepada 1.8 Peratus -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini, penurunan pertama sejak Ogos 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pendapatan E-Dagang Malaysia Cecah RM918.2 Bilion Pada Sembilan Bulan Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pendapatan e-dagang Malaysia mencatatkan pertumbuhan empat peratus kepada RM918.2 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024, dengan jumlah tertinggi dicapai pada suku kedua bernilai RM309.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Keuntungan Bank-bank Malaysia Diunjur Meningkat Pada 2025 - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.

Mengingati Ananda Krishnan

 KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Taikun bertaraf bilionair T. Ananda Krishnan, yang meninggal dunia semalam pada usia 86 tahun, jarang memberikan temu bual eksklusif kepada media, menjadikan beliau dikenali sebagai seorang yang menjauhi perhatian media dalam kalangan individu terkaya di Malaysia.

Kerajaan Tiada Hasrat Benarkan Kenderaan Asing Nikmati Subsidi RON95

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

Labuan Connect! 2024 Serlah Potensi Usahawan Labuan

LABUAN, 23 Nov (Bernama) -- Semangat keusahawanan di Wilayah Persekutuan Labuan terus pesat berkembang apabila perniagaan makanan tempatan semakin mendapat sambutan, didorong oleh sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

PKNS Lancar Projek Hartanah Dengan GDV Bernilai RM1.5 Bilion Pada 2025

CYBERJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarkan kira-kira 12 projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion pada 2025, mencerminkan komitmennya untuk memajukan pasaran hartanah Selangor, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Mahmud Abbas.

Pendaftaran Padu Fasa 2 Dibuka Selepas Kabinet Luluskan - Rafizi

PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Sederhana Dalam Persekitaran Cabaran Luaran

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

BKIP 3 Terima Minat Penyertaan Daripada Pelabur - InvestPenang

GEORGE TOWN, 17 Nov (Bernama) -- Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) Pulau Pinang menerima rancangan penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelabur yang berminat.