Terdapat 348 berita berdasarkan kata kunci carian " dilancarkan"

Unity Group, Tek Securities Perkenal Sukuk Iklim RMB200 Juta Bagi Biaya Inisiatif Hijau Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.

Lebih 30,000 Pekebun Kecil Di Sabah Terima Pensijilan MSPO - Hajiji

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, melibatkan lebih 191,000 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga April 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

UMC Tingkat Kapasiti Keluaran, Lancar Kemudahan Baharu Di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. 

U Mobile Lancar Liputan 5G Dalam Bangunan Melalui ULTRA5G Di Berjaya Times Square

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd hari ini telah melancarkan perkhidmatan liputan dalam bangunan (IBC) terkini, ULTRA5G, yang direka untuk menyampaikan pengalaman 5G yang mantap serta konsisten di persekitaran dalaman dan luaran. 

Aplikasi e-Panggil Inovasi Tempatan Pertama Sabah Borneo VeGO Dilancarkan

Oleh Jailani Hasan

KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Aplikasi e-panggil pertama Sabah yang dibangunkan secara tempatan, Borneo VeGO E-Pengangkutan (Borneo VeGO), kini dilancarkan secara rasmi, menandakan pencapaian baharu dalam usaha negeri ini ke arah inovasi digital dan keusahawanan dipacu komuniti.

Ipoh Sentral Terajui Perubahan Ipoh Dengan Hab Pengangkutan Moden Dan Inisiatif Bandar Pintar

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.

Pertumbuhan AI Perlu Inklusif Agar Semua Rakyat Malaysia Mendapat Manfaat -- Gobind

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu inklusif dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MIHAS 2025 Dijangka Tarik Lebih 45,000 Pelawat Perdagangan, 2,300 Reruai Dari 45 Negara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.

Modenas Rai Legasi Tiga Dekad, Sasar Lonjak Eksport Dan Kapasiti Pengeluaran

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melakar hala tuju pertumbuhannya yang berwawasan menerusi rancangan mengembangkan lagi barisan kemudahan pemasangan, memacu eksport dan meningkatkan kapasiti pengeluarannya.

redBus Perluas Sistem Tiket Digital Kepada Pengendali Bas Di Kawasan Pendalaman

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Platform tiket bas dalam talian, redBus Malaysia dikendalikan oleh Ibibo Group Sdn Bhd, memperluaskan sistem operasi dan tiket digitalnya kepada pengendali bas di kawasan pendalaman untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

SME Bank Perkasa 5,735 Usahawan Pada Separuh Pertama 2025, Peningkatan 158 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia (SME Bank) telah memperkasakan seramai 5,735 usahawan pada separuh pertama 2025, peningkatan 158 peratus berbanding 2,225 usahawan dalam tempoh yang sama pada 2024.

Pulau Pinang Sasar KDNK RM156 Bilion Pada 2030 Dibawah Pelan Induk Ekonomi Digital

GEORGE TOWN, 9 Ogos (Bernama) -- Peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang (KDNK) dari RM116 bilion pada 2023 kepada RM156 bilion menjelang 2030 adalah antara metrik utama yang mencerminkan kejayaan Pelan Induk Ekonomi Digital (DEMP) 2025-2030 yang baru dilancarkan.