10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.
10bulan ago
MUKAH, 23 Feb (Bernama) -- Daro dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2026, dengan pelaksanaan Fasa 3 Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) di Passin.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB menetapkan sasaran baharu sebanyak RM90 bilion bagi perkhidmatan kewangan mampan (SFS) menjelang 2027 berbanding sasaran lebih awal berjumlah RM50 bilion menjelang 2026.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) serta Persatuan Keluli Malaysia (MSA) menyokong cadangan jawatan kuasa besi bebas bagi menangani cabaran utama dalam industri tersebut, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Industri gas perlu mengatasi cabaran terutama dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan, di samping beralih ke arah tenaga yang lebih bersih dan mampan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Simposium Gas Malaysia 2025 (MyGAS 2025) akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah untuk memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan.
11bulan ago
KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Zec Solar Sdn Bhd dan TJZ Suria Sdn Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara mencapai rekod tertinggi pada 2024 dengan lonjakan jumlah trafik sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Petronas telah memindahkan pengendalian Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) kepada ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, anak syarikat kepada syarikat tenaga global ConocoPhillips.