1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal diniagakan rendah pada tengah hari Khamis berikutan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kitaran kredit Malaysia sedang menunjukkan kehilangan momentum tetapi perdagangan yang kukuh dan inflasi yang terkawal telah menyediakan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan dasar yang fleksibel, menurut CIMB Investment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.