BERITA TERKINI   Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | Dua kapal dalam perjalanan pulang dari Selat Hormuz, satu dijangka tiba 17 April dan satu lagi minggu berikutnya - Fahmi | MCMC kenal pasti 441 kandungan palsu berhubung krisis tenaga global berdasarkan aduan awam, 54 kertas siasatan dibuka - Fahmi | Isu krisis tenaga global, permeteraian MoU dijangka dalam lawatan rasmi PM Australia Anthony Albanese ke Malaysia esok - Fahmi | PM Anwar minta KSN melihat pelaksanaan BDR termasuk keberadaan penjawat awam - Fahmi | 

Terdapat 336 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit ditutup"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Tekanan Di Asia Barat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.

Teruskan Momentum, Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Dan ASEAN

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) selain ASEAN pada hari urus niaga terakhir minggu ini, dipacu oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen optimis namun berhati-hati susulan perkembangan di Asia Barat.

Ringgit Kekal Kukuh Pada 3.97 Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh pada paras 3.97 berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada sesi pembukaan pada Khamis, disokong oleh keyakinan pasaran yang meningkat susulan pelan gencatan senjata selama dua minggu.

Ringgit Ditutup Mengukuh Pada 3.97 Apabila AS-Iran Setuju Gencatan Senjata

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.

Ringgit Ditutup Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Konflik Berterusan Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus berwaspada dalam persekitaran konflik yang berterusan di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Kukuh Dalam Kalangan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Harapan Gencatan Senjata Di Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen optimis mengenai kemungkinan   gencatan senjata Asia Barat terus memulihkan minat terhadap risiko.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati di tengah-tengah kecelaruan pendirian Presiden Donald Trump terhadap konflik AS-Iran yang menyebabkan perubahan minat risiko pelabur dan peniaga.

Dasar Ketat Fed, Kejutan Harga Minyak Mungkin Kekalkan Ringgit Pada Sekitar 4.00 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan pada sekitar 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan memandangkan jangkaan konflik berpanjangan di Asia Barat terus memberi tekanan kepada mata wang tempatan.

Ringgit Turun Berbanding Dolar AS Dan Mata Wang Utama Lain

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan ketidakpastian mengenai konflik di Asia Barat mencetuskan mod pengecualian risiko dalam pasaran kewangan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Ketika Pasaran Tunggu Petunjuk Jelas Perang Iran Reda

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Rabu susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur yang menunggu petunjuk jelas bahawa perang Iran akan reda.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Situasi Geopolitik

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika ketidaktentuan membabitkan perang AS-Israel dan Iran terus memberi tekanan terhadap sentimen pasaran.